Azad + Marina | Reception
















Sebelum ini entry saya tentang mereka adalah di sebelah pihak perempuan, entry kali ini untuk majlis di sebelah pihak lelaki pula. Berlangsung dengan jayanya di Taman Rimba TTDI, majlis di adakan dengan penuh minimal tetapi meriah. Di terangi oleh cahaya bulan dan lampu kelip-kelip di sepanjang jalan, gelak ketawa dan celoteh saudara mara & sahabat handai memecahkan keheningan malam itu.
Tips kali ini untuk bakal pengantin yg sedang mencari-cari photographer pilihan. Setelah melihat kesemua portfolio-portfolio photographer pilihan anda, pastinya anda akan meminta quotation dari mereka. Sebaik sahaja anda menerima quotation, jangan terkejut dengan harga-harga mereka dan terus menolaknya mentah-mentah. Seharusnya anda membuat temu janji dengan photographer itu dahulu untuk mengetahui apa yg bakal anda dapat dengan harga itu dan lihat PR photographer tersebut. Ini kerana photographer yg di pilih akan merakamkan hari bersejarah anda untuk di lihat pada masa-masa yang akan datang. InsyAllah
ALL IMAGES COPYRIGHTED TO ALIFF AFIQ
“Currently Listening To : Peregrin– Lukestar″
ALIFF AFIQ
Creative Photographer
KameraDansa
Tel | 017 3355735
Email | aliffafiq@gmail.com
Official Website | http://www.aliffafiq.com
leave a comment