iMAGES by ALIFF AFIQ

Travel by Train | Tumpat,Kelantan

Posted in Photojournalism, TraveLog by aliffafiq on 05/05/2011

Sudah lama sebenarnya saya teringin hendak mengembara satu tempat ke satu tempat menggunakan keretapi. Mengembara menggunakan keretapi ini tidak seperti memandu di petak paling kanan skali di highway,menekan pedal sekuat hati atau sebaliknya. Ia lebih kepada ‘laidback’ kata orang putih. Pemandangan yg bakal di sajikan nanti sudah tentu sangat menarik dan pelbagai. Setelah di ajak oleh rakan dan juga bekas lecturer saya iaitu En.Radzi Hanif, di temani pula oleh rakan kongsi ,Uncle Amy, kami menghala ke Tumpat, Kelantan. Ini merupakan pengalaman pertama menaiki keretapi ke negeri pantai timur yg mengambil masa selama 13 jam (atau lebih).

Trip ini boleh dikategorikan sebagai ‘ kerja gila ‘ kerana kami hanya melelapkan mata di dlm train shj, tiada hotel,berjalan-jalan sekitar Kota Bahru & Tumpat dan terus balik ke Kuala Lumpur. Penat memanglah penat tetapi ia sesuatu yg patut di cuba jika anda gemarkan aktiviti mengembara seperti ini.Selepas ini teringin hendak menjelajah South East Asia menggunakan jenis pengangkutan yg sama. Sudah berada di dlm kepala, tinggal tunggu masa untuk merealisasikanya sahaja,insyAllah.

“Currently Listening To : My Little Girl– Jack Johnson″

ALIFF AFIQ
Creative Photographer
KameraDansa
Tel | 017 3355735
Email | aliffafiq@gmail.com
Official Website | http://www.aliffafiq.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.